Who is Audra Sazreena?


Audra Sazreena is actually a pen-name of a person who loves to be on the Net.. been there since almost 10 years ago and still ...


This site serves as a thinking and voice-out corner and all comments are welcomed, as long as they really go by MY book.



Take it or leave it...



<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

HOT STUFF!

Cool Links

The Blog Clan
Yasmin Ahmad - The StoryTeller
The Clouded Moon
Sultan Muzaffar's Blog
Be Bored Stiff
Dewa - Life After Death
SelambaKodok's Pond (Afdlin Shauki)
Enam Jahanam's Dumping Site
AuntyN's Celoteh
As We Stroll Along
Mak Andeh & Brood
Ban's Life
Bicara Pantai
Coretan Warna-warna Kehidupan
uDA In Person
Melangkah ke Angka 40

Myth and Facts
Seven Wonders of the Ancient World
Scotland Highlanders
Bermuda Triangle
Fairy Tales
Vampires

Performing Arts
Shakespeare
Instant Cafe Theater
Kakiseni.com
The Actors Studio
Acting a Better way with Actors Globally

Techie's Junks
Tom's Hardware Guide
Nerd's Heaven - Software Directory
WhatIs.com
Internet Society (ISOC)
The Resource Center of Free Operating System

W
H
A
T

I

G
E
T

I
S

W
H
A
T

Y
O
U

T
I
C
K
How much would you pay for the best toilet service?

RM0.20
RM0.50
RM1.00
RM1.50
RM2.00
FOC... no.. F-R-E-E!

CounterData.com

website seo
website seo Counter

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

 

 

Friday, January 13, 2006
Salah ke aku cakap macam tu?

Ada la a few kengkawan aku yang nak ke luar negara for a short period of time, on project la, business trip la, vacation la.. so diorang ni tanya aku pasal makanan/minuman - soal halal haram ni.. so aku cakap la kat diorang my unwritten rules kalau pegi ke tempat yang tak ramai muslim:

1. Carik tempat makan halal - kalau takde carik vegetarian
2. Kalau takde vegetarian, carik kedai jual seafood
3. Takde kedai jual seafood, carik yang pork free
4. Takde yang pork free, last resort masuk ler kedai yang jual pork, tapi jangan la order pork..
5. Kalau takmo option no 4, beli la makanan sendiri tapi kena la pandai baca dan paham bahasa tempatan sebab kekadang roti pun ada gelatin khinzir..

Tak pasal pasal aku kena marah... siap cakap aku ni dah longgar akidah.. punya aku hangin satu badan bila ada orang cakap macam tu. Salah ke aku cakap macam tu?

 


Posted at 1/13/2006 8:41:24 am by AudraSazreena


Thursday, January 12, 2006
Orang kata...

Orang kata....

 

1. tak Melayu kalau kita tak pakai baju kurung

   Itu ke satu-satunya pengukur keMelayuan seseorang? Ah.. malas nak komen panjang-panjang.. sendiri mau ingat!

 

2. perempuan Melayu kalau hisap rokok itu perempuan sundal

   Habis? Makcik makcik yang hisap rokok daun tu jual sayur kampung kat pasar tu perempuan sundal ke?

 

3. berkemban dalam rumah atau kat luar rumah (macam nak pegi sidai kain ke atau sapu daun daun kering ke) bukan kebiasaan orang Melayu

   Aku ada tengok sorang makcik ni kat Pulau Perhentian, selamba aje berkemban sambil dok sapu daun daun kering keliling gerai makan dia.

 

4. pakai baju hitam tu pengikut Black Metal (yang spesis pijak Al-Quran dan amalkan seks bebas)

Aku percaya semua orang ada baju warna hitam. Tak kira la kemeja ke t-shirt ke, baju Melayu ke, baju kurung ke, apa ke.. mesti ada warna hitam kan.. Jadi kalau kita pakai baju hitam tu, adakah kita ni pengikut Black Metal spesis macam tu?

P/S: Black Metal sebenarnya adalah satu genre music, macam Rock, Jazz, R&B, Asli, Dondang Sayang, Pop dan lain lain.

 

5. tuding jari kat pelangi nanti jari kudung

Hmm.. yang ni sampai sekarang aku tak nampak mana logiknya.. dah banyak kali aku tuding jari kat pelangi, takde apa pun....

 

6.  kafir kalau makan tak pakai tangan sebab ikut sangat orang kafir makan pakai chopstick atau sudu/garfu/pisau

Yang ni memang aku hangin satu badan dengar/baca sebab orang yang cakap cenggini percaya Islam hanya untuk orang Melayu dan orang Melayu wajib beragama Islam - jumud betul. Sedangkan Islam itu universal (semua bangsa ada orang Muslim) dan ada orang Melayu yang tidak beragama Islam dan tinggal di kebanyakan kepulauan Pasifik!


Posted at 1/12/2006 8:25:44 pm by AudraSazreena


Wednesday, January 11, 2006
Perangai sebilangan orang Melayu

Saya baca ni semalam dalam Utusan online :

Ribuan penduduk Seberang Takir beraya udang galah
Oleh IRMAN HASHIM dan ADNAN MOHAMAD

KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Ribuan penduduk menyerbu beberapa kawasan pantai di negeri ini apabila beberapa kontena berisi pelbagai jenis makanan, pakaian dan rokok terdampar di pantai-pantai itu, semalam dan hari ini.

Di pantai Kampung Bharu, Seberang Takir dekat sini, lebih 1,500 penduduk berduyun-duyun ke pantai dan ada di antara mereka kemudian berebut-rebut untuk mengambil bungkusan udang harimau setelah kontena yang terdampar di pantai itu berjaya dipecahkan.

Selain dua kontena di pantai itu, terdapat tiga lagi kontena termasuk yang berisi rokok dan pakaian turut dilaporkan terdampar, masing-masing satu di pantai Batu Rakit, Merang dan Penarik.

Walaupun polis masih menyiasat kejadian itu tetapi dipercayai kontena-kontena itu dibawa oleh sebuah kapal dagang yang dalam perjalanan dari Kemboja ke Singapura melalui Laut China Selatan.

Utusan Malaysia juga difahamkan kontena-kontena itu mungkin terjatuh ke laut dari kapal setelah dipukul ombak besar sebelum ia hanyut ke pantai-pantai di negeri ini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Sehingga lewat petang ini, orang ramai termasuk para penduduk kampung di sekitar kawasan pantai berkenaan tidak putus-putus berkunjung ke lokasi berkenaan untuk mendapatkan barangan tersebut.

Apa yang menarik, kaum wanita termasuk suri rumah tidak segan silu untuk menyertai pesta barangan percuma itu.

Sebelum itu, ramai di kalangan mereka berusaha memecahkan kontena tersebut bagi mendapatkan udang tanpa mengira keselamatan diri walaupun ketika itu kontena berkenaan dipukul ombak besar.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hussin Ismail ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, pihaknya sedang menyiasat dari mana datangnya kontena-kontena `misteri' tersebut.

``Siasatan itu turut melibatkan adakah kontena itu jatuh dari kapal yang dipukul ombak besar,'' katanya di sini hari ini.

Sementara itu, polis memberitahu, beberapa orang penduduk dilaporkan cedera ringan terkena serpihan besi kontena akibat terlalu ghairah berebut-rebut memecahkan dinding besi kontena untuk mendapatkan barangan tersebut.

``Kontena itu terdampar di pantai itu sejak petang semalam yang sebahagiannya pecah dipukul ombak sehingga menyebabkan barangan yang berada dalam kontena dihanyutkan ke tepian pantai.

``Barangan seperti udang putih yang sudah siap diproses itu berada dalam kotak dipercayai produk Kemboja berdasarkan di kotak itu terdapat tulisan product of Cambodia.

``Rokok berjenama Texas 5 turut ditemui di kontena yang tersadai di Tanjong Seberang Takir,'' kata pegawai polis itu yang enggan namanya disiarkan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Che Azmi A. Rahman yang turut berada bersama ribuan penduduk di pantai Kampung Bahru ketika ditemui berkata, kontena-kontena itu dipercayai terjatuh dari sebuah kapal atau hanyut selepas sebuah kapal kargo karam di tengah lautan.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kampung Bahru, Mohd. Shah Jaafar, 26, berkata, beliau melihat kontena berkenaan terumbang-ambing di tengah laut pada pukul 6 petang semalam lalu menyangka ia sebuah kapal.

``Kontena itu kemudian semakin menghampiri pantai dan terdampar sebelum Maghrib semalam,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Osemanniah Muda, 47, pula berkata, sebuah lagi kontena tersadai di pantai Tanjong Seberang Takir pada kira-kira pukul 9 malam.

Dia yang tinggal di Kampung Bahru berkata, pada mulanya dia tidak menyangka kontena yang belum pasti datang dari arah mana itu rupa-rupanya membawa rezeki kepada penduduk di sekitarnya.

``Suasana di kawasan terbabit dengan sekelip mata berubah menjadi tumpuan orang ramai hari ini selepas mereka menghampiri kontena itu dan mendapati rupa-rupanya ia mengandungi barangan tersebut.

``Ini merupakan rezeki yang tidak disangka-sangka dan hadiah pada tahun baru,'' ujarnya.

Komen saya:

1. Di mana sikap budi bahasa, kejujuran dan kasih sayang pada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai? Tak segan silu ambil barang orang, sampai cedera ringan nak pecahkan kontena, sampai sanggup redah ombak besar berebutkan barang?

2. Miskin sangat ke mereka sampai sanggup buat macam tu sekali? Seumur hidup tak pernah ke makan udang, hisap rokok, beli baju, pakai baju? Mengalahkan orang Afrika yang melarat di Ethopia, Sudan contohnya, mangsa gempa bumi di Pakistan yang kesejukan dan hidup dalam kepayahan, mangsa tsunami di Sri Lanka dan Acheh yang belum tentu hala tuju masa depan mereka, yang masih makan bawah khemah (kalau ada)..

3. Rezeki? Hadiah tahun baru? Sapa yang bagi hadiah? Rezeki Bukan ke patut penduduk kampung tu laporkan pada pihak polis pasal kontena tu? Bukan terus pegi radak kontena orang and ambil barang-barang. Apa pulak kata pemilik kapal/kontena tu..

Payah saya nak tulis berlapik kali ni sebab saya malu betul dengan perangai orang Melayu ni, macam jakun! Buat malu kaum aje.. Jadi siapa yang rasa tersinggung, saya minta maaf. Tapi saya memang pantang kalau ada spesis macam ni - ambil barang bukan hak milik - tak ubah perangai pencuri/penyamun/perompak.

Mungkin orang akan kata, saya peduli apa, bukan barang saya and mungkin pemilik kapal/kontena tu boleh claim insurance.. betul. Tapi itu perkara kedua. Tapi yang saya nak tekankan kat sini adalah sikap budi bahasa, dan kejujuran sebilangan orang Melayu yang rata-ratanya Muslim yang langsung tidak ada dan akhirnya menjadi bahan ketawa bangsa lain apatah lagi yang bukan Muslim.


Posted at 1/11/2006 11:06:14 am by AudraSazreena


Next Page