Who is Audra Sazreena?


Audra Sazreena is actually a pen-name of a person who loves to be on the Net.. been there since almost 10 years ago and still ...


This site serves as a thinking and voice-out corner and all comments are welcomed, as long as they really go by MY book.



Take it or leave it...



<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

HOT STUFF!

Cool Links

The Blog Clan
Yasmin Ahmad - The StoryTeller
The Clouded Moon
Sultan Muzaffar's Blog
Be Bored Stiff
Dewa - Life After Death
SelambaKodok's Pond (Afdlin Shauki)
Enam Jahanam's Dumping Site
AuntyN's Celoteh
As We Stroll Along
Mak Andeh & Brood
Ban's Life
Bicara Pantai
Coretan Warna-warna Kehidupan
uDA In Person
Melangkah ke Angka 40

Myth and Facts
Seven Wonders of the Ancient World
Scotland Highlanders
Bermuda Triangle
Fairy Tales
Vampires

Performing Arts
Shakespeare
Instant Cafe Theater
Kakiseni.com
The Actors Studio
Acting a Better way with Actors Globally

Techie's Junks
Tom's Hardware Guide
Nerd's Heaven - Software Directory
WhatIs.com
Internet Society (ISOC)
The Resource Center of Free Operating System

W
H
A
T

I

G
E
T

I
S

W
H
A
T

Y
O
U

T
I
C
K
How much would you pay for the best toilet service?

RM0.20
RM0.50
RM1.00
RM1.50
RM2.00
FOC... no.. F-R-E-E!

CounterData.com

website seo
website seo Counter

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

 

 

Thursday, January 19, 2006
Birokrasi oh birokrasi..

Aku baca tulisan Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ni:

BISIK-BISIK -- AWANG SELAMAT
Awang boleh faham kenapa banyak pihak kecewa dan marah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek kelmarin tentang kononnya Tabung Bantuan Perubatan (TBP) tidak mendapat sambutan.

Malah sudah ada yang menyifatkan kenyataan beliau sebagai mengarut. Sebagai rakyat Malaysia, Awang juga hairan dengan apa yang Soi Lek cakap sedangkan realitinya, begitu banyak kes pesakit kronik di negara ini.

Bacalah rintihan keluarga Allahyarham Intan Syafiqah yang dipaparkan pada muka depan akhbar ini. Itu adalah antara banyak kisah rakyat yang terpaksa bertarung dengan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan tabung itu.

Pun begitu, menteri berkenaan masih mendakwa tidak timbul masalah birokrasi. Beliau sebaliknya menuding kepada media kerana kurang publisiti mengenai TBP.

Awang betul bingung. Tidak lama dulu Soi Lek sendiri yang melarang media daripada melaporkan tentang kes pesakit kronik yang saban hari merayu bantuan.

Kini jelas, pengurusan tabung itu masih bermasalah dan sepatutnya Soi Lek akui kegagalannya.

Awang - Suka menteri yang efisien.

Perkara utama dalam kes ini atau kes-kes lain apabila berurusan dengan agensi seperti ini, adalah kerenah birokrasi. Bertimbun-timbun borang yang terpaksa diisi, dengan segala dokumen yang perlu disahkan oleh wakil rakyat/ketua kampung/penghulu, belum dicampur dengan segala kos yang terpaksa ditanggung, apatah lagi masa yang telah dihabiskan untuk menepati syarat-syarat permohonan.

Dan sesudah memohon, terpaksa pulak menunggu untuk beberapa lama untuk diproses. Jika tidak kerap membuat tindakan susulan, mungkin antara jawapan yang lazim diberi:
"Saya belum dapat lagi permohonan encik. Mungkin belum sampai lagi ke pejabat saya."
"Pegawai tu sedang berkursus. Lepas dia balik nanti, dia akan semak permohonan encik."
"Maaf encik, pegawai berkenaan sedang bercuti di luar negara. Bulan depan baru dia balik... Ya, encik, dia seorang saja yang menyemak permohonan jadi encik kena tunggulah".
"Encik boleh fax atau hantar sekali lagi tak? Saya dah carik, tapi borang permohonan encik tu tak ada la."

Itupun kalau ada yang menjawab panggilan telefon atau melayan pertanyaan kita di pejabat/kaunter!

Jika sudah diproses terpaksa pulak menunggu untuk ditemuduga jika perlu, dan proses untuk mendapatkan temujanji juga memakan masa. Sudah ditemuduga, nak tunggu jawapan samada berjaya atau tidak juga memakan masa. Sepanjang masa pegawai bermesyuarat dan sebagainya. Dan tatkala sudah mendapat jawapan, perkara pokok penyebab kita membuat permohonan itu samada habis begitu saja atau sudah pun diselesaikan mengikut cara yang lain.

Aku rasa dah tiba masa sekali lagi Pak Lah/Pak Najib turun padang membuat pemeriksaan mengejut ke atas badan-badan seperti ini (tak kira sektor awam atau swasta) untuk memeriksa tahap kerenah birokrasi sehingga menyusahkan rakyat. Dalam contoh di atas - RM100 juta itu sangat banyak (jika ditolak RM6.1 juta, tinggal RM93.1 juta), dan aku rasa jika digunakan sebaik-baiknya tentu ramai keluarga yang memerlukan bantuan tidak perlu menebalkan muka "meminta derma/bantuan" dari orang ramai untuk menyelamatkan nyawa orang-orang yang disayangi.


Posted at 1/19/2006 10:42:55 am by AudraSazreena


Wednesday, January 18, 2006
Wrong place, wrong time

The following case has become a major news for days. A young lady was brutally raped and murdered while jogging with her sister in one fine evening.

Six suspects detained in rape and murder case (The Star 18.01.2006)

SUNGAI PETANI: As the family of marketing executive Chee Gaik Yap gave her a final send-off, six suspects were ordered to be remanded by a Sungai Petani sessions court in connection with her rape and murder. 

Sessions Court Judge Azizah Mahmud issued yesterday a seven-day remand order on the suspects, believed to be workers of a recreation club here. 

The six, aged between 20 and 40, arrived in the afternoon at the courthouse in a police truck. They were taken to the Kuala Muda police headquarters lock-up two hours later.

The six were picked up from the club on Monday night. 

Gaik Yap, who was jogging near Taman Ria Jaya on Saturday evening, was found dead less than nine hours later.

The Universiti Utara Malaysia graduate was believed to have been trailed by her assailants, kidnapped, raped and killed elsewhere before her body was dumped near the housing estate.

The case is being investigated as rape and murder. 

If convicted of murder, the suspects could face the death penalty. Rapists could be punished by a jail term of between five and 20 years, and in some cases whipped.

It was believed that some tissue paper containing semen had been found at the recreation club and inside an unidentified pick-up which was seized by the police.

Police have questioned several witnesses, including the victim’s boyfriend.

Gaik Yap’s family, meanwhile, was unhappy that a security guard who was informed of her disappearance did not act promptly to alert the police.

Her father Ah Sau, 49, said his younger daughter Gaik Choon was jogging some distance from Gaik Yap when she realised that she had gone missing. 

“My daughter rushed to the guardhouse of a gated community when she saw some bloodstains on the ground. But the guard did not immediately call the police,” he said. 

“The guard said the bloodstains could have been because someone had bled from an accident. 

Relatives, friends, colleagues and politicians, including state MCA chief Datuk Beh Heng Seong and DAP deputy secretary-general Chong Eng, turned up for the funeral. 

Gaik Yap was cremated at the Siamese temple crematorium in Sungai Pasir here. 

I could understand how traumatic it is for the sister (Gaik Choon) who was the last person who saw the victim alive. This story reminds me of the late Canny Ong's case back in 2003. She was abducted in a shopping mall while obtaining the parking ticket in her car, brutally raped, murdered and burned. And her mother was the last person who saw Canny alive. Canny just happened to be at the wrong place at the wrong time.

Imagine, one minute you talked to this person who's close to you and the next second he/she's gone forever.

Moral: To all women, be careful wherever you are. Always be alert of your surroundings and make sure that there are always people accompanying you when you are in a quiet area. Because, even if you're a Mahaguru of any martial arts that we could find and know in this world, when you're panicked and too frightened, you won't be able to act rationally and your brain would simple "freeze".

To the Chee family, my condolences to you. Chee Gaik Yap - may you rest in peace.


Posted at 1/18/2006 9:22:25 pm by AudraSazreena


Tuesday, January 17, 2006
VIP?

Edisi KL : Angkara VIP (Harian Metro)

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: “Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata apabila puluhan ribu jemaah menyerbu sebaik pasukan keselamatan Arab Saudi membuka semula kawasan jamrah selepas seorang VIP (orang kenamaan) selesai melontar.

Sebelum itu kawasan melontar ditutup sementara menyebabkan jemaah berkumpul di sekitarnya sementara menunggu untuk melontar,” kata Timbalan Ketua Perkhidmatan Perubatan Tabung Haji,

Dr Suhaimi Ismail ketika dihubungi Harian Metro di Mina, dekat Makkah, awal pagi tadi.

Dr Suhaimi yang berada di rumah mayat Hospital Muissin, berkata beberapa jemaah yang berasak memasuki kawasan melontar, terjatuh menyebabkan ribuan jemaah di belakangnya tidak sempat mengelak lalu memijak mangsa.

Katanya, keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila seorang demi seorang jemaah haji terjatuh dan dipijak jemaah lain sehingga akhirnya lebih 345 jemaah terkorban.

Dr Suhaimi berkata, beliau diberitahu mengenai detik cemas itu yang berlaku antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang waktu tempatan (jam 6 petang hingga 7 malam waktu Malaysia) oleh waris mangsa yang ditemuinya di rumah mayat hospital berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga jam 11 malam (4 pagi waktu Malaysia), belum ada pengesahan sama ada rakyat Malaysia turut terbabit dalam tragedi pada hari terakhir melontar.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan lima hingga 10 jemaah haji Malaysia berada di kawasan melontar ketika kejadian rempuhan di jamrah berlaku selepas solat Zuhur.

Menceritakan lebih lanjut, Dr Suhaimi berkata kejadian itu mungkin turut disebabkan perbuatan segelintir jemaah yang membawa barang-barang termasuk beg pakaian ketika melontar menyebabkan mereka mudah terjatuh apabila ditolak jemaah lain.

Menurutnya, senarai nama mangsa yang terkorban dijangka dikeluarkan menjelang pagi ini (tengah hari waktu Malaysia).

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr Azmi Ahmad, berkata kumpulan jemaah Malaysia yang dilaporkan berada di kawasan melontar, terdiri mereka yang berulang alik antara maktab kediaman mereka di Masjidil Haram dan tempat melontar di Mina yang jaraknya kira-kira tujuh kilometer.

Beliau berkata, pengurus maktab jemaah haji sudah diarahkan mengenal pasti siapa di antara mereka yang tidak mengikut jadual melontar yang sudah ditetapkan.

“Ada laporan sebahagian daripada mereka yang terbunuh dan cedera terdiri jemaah dari negara Asia Tenggara. Namun, kami belum dapat pastikan dari negara mana mereka berasal,” katanya.

Seramai 26,000 jemaah Malaysia menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Ini adalah insiden kedua pada musim haji ini yang menyaksikan jemaah haji terkorban. Seminggu lalu, empat rakyat Malaysia adalah antara 76 jemaah yang terbunuh apabila sebuah hotel berusia 30 tahun runtuh di Makkah.

Sementara itu, jenazah mereka yang terbunuh dalam kejadian rempuhan di tempat melontar jamrah itu dikumpul dan dipindahkan ke dalam empat kontena sebelum dibawa ke hospital.

Petugas Tabung Haji, Nazari Sharif, yang menyaksikan peristiwa itu berkata, kontena yang digunakan itu berada kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.

Menurut Nazari, kontena itu sebelum ini digunakan untuk mengangkut air mineral bagi keperluan jemaah haji.

Katanya, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah jamrah dan masih belum mengetahui apa yang berlaku sekalipun ada jemaah yang kelihatan terburu-buru turun dan naik ke tingkat atas.

Katanya, beliau hanya menyedari sesuatu yang buruk berlaku apabila melihat beberapa ambulans masuk ke kawasan itu dan ratusan tentera Arab Saudi mengadakan kawalan.

Berikutan itu, katanya, beliau segera mencari tempat yang agak tinggi untuk melihat kejadian berkenaan dengan jelas.

“Pada waktu itu saya lihat banyak jenazah dibawa ke empat kontena berkenaan dan kotak-kotak air mineral dikeluarkan untuk menempatkan jenazah-jenazah itu, manakala yang cedera terus

dibawa ke ambulans. Beberapa helikopter memantau keadaan dari udara,” katanya.

Waris jemaah boleh menghubungi Bilik Gerakan Tabung Haji di talian 03-78741033 atau melayari laman web www.tabunghaji.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Komen aku:

Amenda VIP VIP kat Mekah ni? Bukan ke kita ni semua sama? Siap ada privilege la pulak nak kerjakan ibadah haji.. alahaiiiii..... kan dah.. dia punya pasal.. beratus yang mati/cedera.. amenda la tu..



Posted at 1/17/2006 9:33:59 am by AudraSazreena


Next Page