Yesterday news....
Kabinet tolak skuad intip:
Penubuhan pasukan sukarelawan MAIWP dianggap cabul hak asasi manusia
Oleh Shamsul Azree Samshir, Azrina Ahzan dan Haika Khazi (Berita Harian 19.01.2006)
Keputusan itu diambil selepas jemaah menteri berpendapat undang-undang sedia ada dan pemantauan pasukan penguat kuasa jabatan agama serta agensi lain sudah mencukupi menangani masalah moral rakyat dan isu keselamatan lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (gambar), berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan yang sama diambil berhubung penubuhan Pasukan Gerak Khas 4B atau Unit Khas Mat Skodeng di Melaka, tahun lalu.
"Kabinet tidak bersetuju dengan perbuatan mengintip dan kita tidak mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan perkara sama. Tindakan itu boleh dianggap mencabuli hak asasi manusia.
"Skuad Sukarelawan ditubuhkan kononnya untuk membantu mangsa bencana alam tetapi di Putrajaya tidak berlaku bencana alam," katanya ketika ditemui semalam.
Kelmarin, Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, skuad itu walaupun tidak diberi kuasa menahan mereka disyaki melakukan kesalahan atau maksiat, akan membantu penguat kuasa Jawi yang ditugaskan meronda serta memberi risikan.
Buat permulaan, 75 anggota terdiri daripada wakil surau, kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan menyertai Skuad Sukarelawan MAIWP Putrajaya.
Mac tahun lalu, Unit Khas Mat Skodeng yang ditubuhkan kerajaan Melaka bagi membantu menangani gejala sosial dan jenayah di negeri itu, turut mencetuskan kontroversi dan berikutan itu Kabinet mengarahkan badan itu dibubarkan.
Badan Amal Makruf Nahi Mungkar (Badar) yang diperkenalkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 1996 bagi mencegah perbuatan maksiat juga dibubarkan pada Jun 1998 berikutan beberapa insiden penyalahgunaan kuasa di kalangan anggotanya.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, berkata jemaah menteri terkejut dengan langkah Jawi menubuhkan skuad itu kerana beberapa bulan lalu Kabinet sudah membuat keputusan tegas mengenai perkara sama.
"Ini adalah tugas polis dan jabatan agama untuk menguatkuasakannya, bukan kerja orang yang tidak dilatih atau sukarelawan," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang ketika ini berada di Makkah, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan pegawainya berhubung keputusan Kabinet itu.
"Saya perlu baca dulu apakah keputusan yang dibuat Kabinet. Saya baru mendapat tahu mengenai penolakan penubuhan skuad sukarelawan itu daripada anda. Sebaik saja saya pulang ke Malaysia, saya akan minta penjelasan daripada pegawai mengenai perkembangan terbaru itu," katanya ketika dihubungi dari sini.
Che Mat ketika dihubungi semalam pula menjelaskan Skuad Sukarela MAIWP bukan pasukan pengintip kegiatan maksiat.
"Skuad yang ditubuhkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini hanya ada dua objektif, iaitu mengadakan kempen dan kegiatan bagi mengelakkan remaja terbabit dengan gejala sosial seperti dadah serta membantu mangsa bencana alam.
"Anggota skuad akan membantu mereka yang ditimpa malapetaka seperti yang dilakukan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Kerinchi, baru-baru. Ini bukan skuad skodeng," katanya.
Che Mat yang juga Setiausaha MAIWP berkata, Skuad Sukarelawan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengatur strategi menangani masalah sosial terutama di kalangan remaja.
"Hasrat kita adalah untuk membuat program kerjasama bagi mengembalikan remaja yang hanyut ke pangkal jalan," katanya.
Komen aku:
1. This is redundant. Nanti pegawai-pegawai bertauliah malas pulak nak jalankan tanggungjawab dan sukarelawan ni pulak yang "akan" terlebih kerja kerana job scope yang diberikan kepada mereka amat menarik perhatian mereka.
2. Jadi sukarelawan ni bukan part-time job. Ia adalah ad-hoc basis. Tapi takut nanti, sukarelawan ni nanti buat full-time job pulak. Nanti ada pulak yang makan gaji buta.. Sukarelawan bukan ada allowance. Namapun sukarelawan kan 
3. Kalau la kumpulan sukarelawan yang ditubuhkan ini fungsinya macam Mat Skodeng, maka kerjanya tidak lain dari meng-skodeng dalam segala hal. Dan tentunya hal yang paling menarik bagi mat skodeng adalah??? Sendiri mau tau...
4. Memang typical masyarakat kita yang memang suka jaga tepi kain orang padahal tepi kain sendiri koyak rabak. Ataupun pandai telek kuman yang di seberang, walhal gajah depan mata macam invisible. Attitude ni patut diubah. Bukan kita tak boleh prihatin terhadap jiran-jiran tetangga, sedara mara, sahabat handai, rakan taulan, keluarga etc, tapi berpada-padalah. Takkan la beg plastic shopping Parkson pun boleh jadi bahan bualan (Read: Mampu pulak yer dia shopping kat Parkson. Nak menunjuk la tu, ye la.. kita pun ada duit jugak, tapi shopping pun kat Mydin je.. ) <- sekadar contoh; tidak melibatkan sesiapa samada hidup ataupun mati.
5. Memang cadangan menubuhkan kumpulan macam ni (untuk menangani masalah sosial dengan mendekati golongan yang kurang sihat ini dan berdakwah kepada mereka supaya mereka kembali ke jalan yang benar) adalah bagus, tapi selagi masyarakat kita masih di tahap sikap yang sama dan tidak berubah, sampai bila pun tujuan seperti ini tidak akan tercapai matlamatnya. Bayangkan, ada ahli Rukun Tetangga yang sepatutnya menjaga keselamatan hal-ehwal sesuatu neighborhood, tapi mengambil kesempatan dan memecah amanah dengan melakukan perkara yang tidak senonoh seperti mengintai, mencabul kehormatan wanita, atau memecah masuk rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.
6. Kalaupun nak juga diteruskan, sukarelawan yang dilantik adalah mereka yang benar-benar layak dan memiliki keperibadian yang bagus. Mereka perlu menjalani kursus yang berkaitan dan perlu diuji sepenuhnya supaya matlamat dan nawaitu tidak terpesong. Dan mereka seharusnya diberi tempoh percubaan selama setahun dan kemajuan mereka harus disemak setiap 3 bulan sekali supaya tidak timbul isu salahguna kuasa dan sebagainya. Dan masyarakat juga berhak membuat laporan polis atau melaporkan kepada pihak atasan jika mereka merasa sukarelawan ini sudah melampaui batas.